Hujan lebat sehingga jam 7 malam ini.

KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak sehingga 7.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ia termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Daro dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Beluru dan Telang Usan).

MetMalaysia berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluar pada jam 3.55 petang tadi.

 

Suara Sarawak