MUNGKIN ada segelintir kita berpendapat, membeli rumah adalah sesuatu yang merugikan.

Namun, ramai juga yang sedar bahawa membeli rumah membawa banyak kebaikan tetapi mereka masih juga belum bertindak untuk membeli dan memiliki rumah.

Persoalannya, mengapa anda perlu membeli rumah sendiri?

Ramai orang menganggap kereta adalah simbol kejayaan.

Tapi hakikatnya kereta adalah simbol kejayaan yang palsu kecuali untuk orang yang benar-benar kaya dan berjaya.

Kini, trend belia ada yang mengutamakan untuk membeli kereta berbanding rumah.

Mereka menganggap, memiliki kereta menunjukkan kejayaan seseorang individu.

Bagaimanapun, sesetengah berpendapat kereta adalah simbol orang yang gagal atau belum berjaya dalam hidup.

Adakah ia, benar? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Dengan memiliki rumah sendiri, anda tidak perlu lagi memikirkan tentang harga sewa rumah dinaikkan oleh tuan rumah.

Anda sentiasa tenang kerana anda cuma perlu fokus untuk membayar bayaran pinjaman bulanan pada kadar yang tetap kepada bank yang memberikan anda pinjaman perumahan.

Anda juga akan merasa tua pada suatu hari nanti.

Jika memiliki rumah kerana anda mempunyai tempat untuk tinggal dan dapat mengelakkan daripada ditempatkan ke rumah-rumah kebajikan orang tua sekiranya anak anda tidak berkemampuan untuk menyara anda.

Hakikat, rumah itu adalah tanda pencapaian sebenar. Dengan membeli hartanah, anda telahpun mencapai satu tahap yang tinggi dalam hidup anda.

Manusia yang memiliki rumah mempunyai pelbagai pendapat.

Semakin besar dan lebih menarik tempat tinggal, semakin besar gambaran kemakmuran yang mereka rancangkan.

Mereka yang menyewa dan tidak mampu membeli rumah sendiri.

Orang ini bergantung kepada orang lain untuk berteduh.

Kita harus bersyukur, ada antara individu yang tidak mampu membeli rumah dan tidak mampu menyewa.

Contohnya, orang yang tidur atau tinggal di bawah jambatan, di tepi kaki lima atau di mana-mana sahaja.

Mengikut laporan pemaju hartanah, Land and General Bhd (L&G) menjangkakan permintaan terhadap sektor hartanah kekal stabil walaupun terdapat jangkaan peningkatan kadar faedah serta kos bahan dan buruh.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa iaitu 2.50 peratus masih di bawah ambang 3.00 peratus yang dicatatkan semasa tempoh sebelum Covid-19.

Kita masih di bawah kadar sebelum Covid-19 dan dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan perniagaan yang terus pulih seperti biasa.

Kenaikan kadar faedah tidak akan menjejaskan pasaran hartanah secara drastik.

Untuk rekod, hartanah kediaman siap yang tidak terjual menunjukkan penurunan sejak tahun 2019 disebabkan oleh langkah pemaju mengawal pelancaran hartanah baharu selain penjualan agresif ketika Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

Kesemua pemaju hartanah merekodkan purata penurunan inventori sebanyak 43 peratus pada Jun 2022 berbanding Disember 2019.

Selain itu, momentum jualan turut kembali meningkat pada suku kedua 2022 dengan semua pemaju merekodkan pertumbuhan jualan suku ke suku yang lebih kukuh.

Jualan baharu pada separuh pertama 2022 merosot sebanyak lapan peratus tahun ke tahun terutamanya apabila kempen HOC tamat selain pelancaran baharu yang lebih perlahan.

Sesungguhnya, memiliki rumah adalah sangat penting kerana jika leka, ia sangat merugikan kita.

Ini kerana harga rumah sentiasa meningkat sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.

Kita tidak seharusnya menangguh-nangguhkan masa untuk memiliki rumah.

Keadaan rumah dan jenis rumah adalah bergantung kepada pendapatan dan kehidupan kita.

Kalau kita mampu memiliki rumah yang harga mahal, maka mahal la rumah tu.

Jikalau kita hanya mampu tinggal di rumah yang biasa-biasa, maka biasa-biasalah rumah itu.

Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.

Paling penting, anda memiliki rumah.

Dan rumah itu adalah sebagai tempat anda berteduh seisi keluarga.

Suara Sarawak