BERCAKAP….Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

ASAJAYA: Laluan alternatif baharu dari Kampung Baru, Samarahan ke Jambatan Sadong Jaya dijangka akan memulakan proses pembinaan pada tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek pembinaan itu telah diluluskan dan kini hanya menunggu pelantikan kontraktor bagi memulakan proses pembinaan.

“Laluan tersebut akan dibina bermula di Kampung Baru melintasi bekas tempat tadahan air sehingga ke jambatan Sadong Jaya dan dijangka mula dibina pada tahun depan,” katanya dalam sidang media Program Nang Rindok Citra Hari Malaysia di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Menurutnya, laluan dua hala itu dibina bagi melancarkan lagi perjalanan pengguna jalan raya di kawasan pesisir.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan laluan di kampung-kampung Asajaya sedang diperbesarkan.

“Kebanyakan jalan sedang ditembok untuk penambaikan dengan menambah ketinggian jalan menggunakan batu-batu sehingga mencecah 7 hingga 8 kaki,” katanya.

Suara Sarawak