KUCHING: Seorang lelaki cedera di pinggang serta bahagian kaki selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 kaki di Jalan Gersik, Petra Jaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 8 pagi, hari ini dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

Anggota bomba menyelamatkan lelaki yang terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 kaki di Jalan Gersik, Petra Jaya.

“Mangsa berusia 29 tahun terjatuh ketika melalui longkang tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya pasukan penyelamat berjaya menaikkan mangsa keluar dari longkang itu dan menghantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Suara Sarawak