LUNDU: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan perairan Pulau Talang Talang, di sini semalam ketika pandu uji jet ski.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan dari Balai Polis Sematan kira-kira jam 12.20 tengah malam bagi bantuan pencarian mangsa.

Bomba Sarawak

Katanya, maklumat awal kejadian menyatakan dua orang lelaki telah turun ke laut dari Jeti Pak Amit, Santubong dengan menaiki dua buah jet ski menuju ke kawasan Pulau Satang sambil memancing.

“Pelapor memaklumkan sepanjang ujian jet ski dijalankan, cuaca baik dan mereka berdua meneruskan perjalanan ke Telok Melano, seterusnya menuju ke arah utara, 0.3 batu bautika ke Pulau Talang Talang.

“Pelapor mula menyedari rakannya tidak kelihatan setelah bergerak dari Pulau Talang Talang untuk balik semula ke jeti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelapor memaklumkan jaraknya antaranya dengan mangsa adalah lebih kurang 1 batu nautika.

Katanya, usaha mencari mangsa yang hilang masih gagal sehingga jam 7.30 malam.

“Operasi ditangguhkan pada jam 1.30 pagi tadi dan akan bersambung hari ini,” jelasnya.

Setakat ini, mangsa hilang masih belum dijumpai.

Suara Sarawak