SARIKEI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dalam satu kejadian di Sungai Muara Payang dekat sini, hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Aziz Yusuf berusia 40 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.41 petang tadi.

Lokasi kejadian tempat mangsa dilaporkan tenggelam.

“Menurut saksi kejadian, mangsa cuba berenang untuk mendapatkan perahunya yang terlepas tali.

“Bagaimanapun kata saksi itu, mangsa tiba -tiba tenggelam dan tidak timbul,” katanya dalam satu kenyataan

Dalam pada itu, laporan polis juga dibuat oleh keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong.

Suara Sarawak