SARIKEI: Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah pikap di Jalan KJD di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.15 petang, mengakibatkan mangsa Keruka Tubeng, 57, mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan KJD Nanga Strass, petang semalam.

“Kemalangan menyebabkan pikap terbabit terbahas di bahu jalan manakala motosikal mangsa rosak teruk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pemandu Toyota Hilux terbabit mengalami kecederaan patah tangan dan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Katanya kes disiasat di bawah Sekyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Suara Sarawak