๐Š๐”๐‚๐‡๐ˆ๐๐†: Saingan Liga Bola Sepak SSC-FAS bawah 20 tahun 2022 kembali diteruskan.

Pengerusi Liga SSC/FAS B-20, Mohd. Saif Jubaidi memberitahu, empat perlawanan dilangsungkan esok membabit lapan pasukan dari zon berbeza.

Katanya, dua perlawanan untuk zon tengah, Sibu FA akan menentang Sarikei FA di Kompleks Sukan Sibu Jaya. Selain, pertembungan antara Betong FA dan Kapit FA di Kompleks Sukan Betong.

“Dua lagi perlawanan membabitkan zon selatan, Serian FA akan menentang Samarahan FA di Kompleks Sukan Serian.

“Di samping pasukan Kuching FA akan menentang Sri Aman FA di Stadium Sarawak,” ujar Mohd. Saif.

Sambil itu, beliau memberitahu semua perlawanan akan bermula pukul 4:15 petang.

Suara Sarawak