Lima gereja baharu dibina, dinaik taraf di Dun Serembu

BAU: Lima buah gereja di dalam kawasan Dun Serembu akan dibina baharu dan dinaik taraf, bagi memberi keselesaan kepada penganut Kristian bersembahyang.

Adun Serembu Miro Simuh berkata, ia melibatkan Kampung Sibulung, Kampung Tringgus, Kampung Boka Toya, Kampung Seromah termasuk Gereja Katolik St Thomas More, Kampung Kandis Baru.

“Ini gereja baharu kita bangunkan supaya selesa untuk umat datang ke gereja dan bersembahyang.

Miro (enam kiri) menyampaikan cenderahati kepada Rundi (empat kiri) sambil disaksikan oleh Richard (kiri), Rektor Gereja St Stephen Bau Rev Peter Liston (dua kiri), Uskup Agung Gereja Katolik Kuching Simon Poh (tiga kiri) dan Henry (kanan).

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang menyediakan peruntukan untuk pembangunan rumah ibadat bukan sahaja Kristian, malah rumah ibadat agama lain turut dibantu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pembukaan dan pemberkatan Gereja Katolik St Thomas More, Kampung Kandis Baru, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom sementera pemberkatan disempurnakan oleh Uskup Agung Gereja Katolik Kuching Simon Poh.

Gereja Katolik St Thomas More siap dalam tempoh dua tahun setengah pembinaan.

 

Suara Sarawak