MUKAH: Satu mayat ditemui, manakala lapan individu ditemui selamat dan dua lagi masih hilang dalam kejadian bot karam di perairan Mukah pada petang Rabu.

Sekitar operasi mencari dan menyelamat di perairan Mukah dan pusat operasi.

Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi, berkata radius pencarian adalah sejauh 34 Batu Nautika (BN) dari kem pencarian.

‘Satu mayat ditemui, lapan telah ditemui selamat manakala pencarian sedang dilaksanakan untuk mencari dua lagi baki individu hilang.

“Dua individu telah ditemui oleh Kapal Capela, empat individu pula ditemui dalam operasi cari dan selamat oleh bot nelayan, dua lagi individu ditemui oleh pencari Himajaya 7 dan satu mayat ditemui sama oleh bot pencari Himajaya 7,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, bot yang dinaiki sembilan pemancing berkenaan telah karam di 34 BN dari Barat Laut Mukah.

Dua daripada mereka diselamatkan oleh sebuah kapal yang kebetulan sedang melalui kawasan itu pada petang semalam.

Suara Sarawak