PEKAN: Jaguh Afrika Selatan, Dawid Mocke kekal mendominasi perlumbaan peringkat kedua Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022 di Pantai Lagenda, Pekan hari ini.

Beliau menamatkan saingan sejauh 14 kilometer dalam kategori utama Open International Single (Men) Ocean Race dengan catatan masa 1:13:39.87s.

Dawid mengatasi dua pencabar terdekat, Kent Jenkinson dari New Zealand ditempat kedua dengan catatan masa sama 1:13:39.87s, dibeza dengan catatan masa terbaik dua perlumbaan dilalui.

Tempat ketiga milik Mackenzie Hynard dari Australia dengan catatan masa (1:13:42.34s).

Sementara itu, kategori wanita tidak memperlihatkan perubahan apabila tiga pelumba utama masih lagi berjaya mengekalkan penguasaan.

KEKAL PENDAHULU…Dawid Mocke (kiri) dan Danielle McKenzie (kanan).

Danielle McKenzie dari New Zealand kekal selaku pendahulu peringkat kedua dengan masa terpantas 1:59:27.32s.

Wakil dari Thailand, Irin Neegree ditempat kedua dengan catatan masa 2:19:30.54s.

Sambil itu, wakil negara Aimi Ayuni Azwan juga mengekalkan statusnya ditempat ketiga dengan catatan masa 2:16:36.21s.

POPIC 2022, yang pertama kali dianjurkan di negara ini, berlangsung sebanyak lima peringkat yang mana Pantai Hiburan menjadi lokasi peringkat pertama.

Peringkat ketiga esok akan berlangsung di
Pantai Balok, Pantai Cherating dan berakhir di Pantai Teluk Cempedak.

Suara Sarawak