KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) dan Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian untuk menjadi rakan penaja baharu kelab berkenaan.

Majlis yang berlangsung semalam di pejabat Murata, di sini menyaksikan Presiden SU FC, Datuk Posa Majais mewakilli pasukannya sambil Murata Manufacturing Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Urusan, Kaoru Kumekawa.

Hadir sama Timbalan Pengarah Urusan Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd., Nasaruddin Kamarulzaman; Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)Paza Dan serta beberapa pegawai SU FC.

RAKAN PENAJA…Datuk Posa Majais (dua kanan) dan Kaoru Kumekawa (dua kiri) menunjukkan dokumen perjanjian.

“Kita berterima kasih kepada pihak Murata kerana sudi menjadi rakan penaja kepada SU FC.

“Saya percaya komitmen diberikan syarikat peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Jepun ini akan dapat mencetus semangat para pemain dalam mengharungi kempen Liga Malaysia,” ujar Datuk Posa ketika mengulas.

Sambil itu, beliau turut mengucap terima kasih kepada pihak syarikat terbabit atas sokongan yang diberikan dalam menjadi rakan penaja kepada kelab bola sepak berkenaan.

Suara Sarawak