KUCHING: Operasi Carilamat mangsa dilaporkan hilang ketika pandu uji jet ski di Pulau Talang Talang dipecahkan kepada dua sektor utama.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, sektor pencarian hari ini melibatkan kawasan penemuan jet ski dan kawasan Sematan, Lundu.

Katanya, kawasan pencarian merangkumi keluasan 94.77 batu nautika persegi dan jumlah keseluruhan pencarian adalah 681.95 batu nautika persegi.

Anggota Sarawak Coast Guard turut melakukan pencarian di sekitar perairan Tanjung Sipang hingga kawasan Sempadi dan laut lepas.

“Bagi sektor penemuan jet ski, sektor pencarian diperluaskan lagi sekitar perairan Tanjung Sipang hingga Sempadi dan laut lepas.

“Kekuatan pasukan penyelamat pada hari ini seramai 86 orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia telah mengatur gerak dua aset iaitu KM Kota Kinabalu dan Kilat 35.

Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuching, Maritim Malaysia melakukan pencarian hari ini.

Sementara katanya, Pasukan Polis Marin (PPM) mengerakkan aset iaitu RH 23, dua aset dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dua aset Sarawak Coast Guard dan unit dron Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, pasukan penyelamat oleh Pusat Kordinasi Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuching, Maritim Malaysia turut melaksanakan Bantuan SRU dengan menggerakkan, satu aset PPM, dua aset JBPM, dua aset APM dan dua aset SCG.

Setakat jam 2.30 petang, tiada sebarang petunjuk baru ditemui oleh pasukan penyelamat setakat pencarian hari ini.

Suara Sarawak