Penerbangan terus Kuching-Pontianak disambung semula

KUCHING: Penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak dijangka akan disambung semula pada penghujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, terdapat banyak permintaan untuk laluan penerbangan tersebut terutama bagi tujuan perubatan.

“Dengan adanya penerbangan terus ini, ia memudahkan penduduk dari Pontianak yang mahu datang ke Kuching untuk berubat.

“Jika menggunakan laluan darat atau jalan raya, ia akan mengambil masa enam jam. Disebabkan itu, kami ingin melihat penerbangan ini disambung semula.

“Justeru, syarikat penerbangan Air Asia juga sudah bersedia untuk memulakan semula penerbangan tersebut,” katanya.

CEDERAHATI… Kim Shin (lima kiri) menyampaikan cenderahati kepada Raden Sigit (empat kiri) selepas kunjungan hormat di Kuching, hari ini.

CEDERAHATI… Kim Shin (lima kiri) menyampaikan cenderahati kepada Raden Sigit (empat kiri) selepas kunjungan hormat di Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono dan delegasi di Bangunan Baitulmakmur, dekat sini, hari ini.

Mengenai pengangkutan darat, Kim Shin memaklumkan perkhidmatan bas mendapat sambutan yang positif dalam kalangan pengguna sejak operasi dimulakan.

Menurutnya, perkhidmatan bas semasa (Biaramas Express) dari Kuching ke Pontianak beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu manakala Damri Express beroperasi pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Dengan sambutan yang menggalakkan, kami telah berbincang untuk perkhidmatan bas beroperasi setiap hari dari Kuching ke Pontianak dan juga dari Pontianak ke Kuching bermula Oktober ini,” ujarnya.

 

Suara Sarawak