Henry (tengah), Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang (dua kiri) bersama-sama yang lain ketika sidang media Pesta Tasik Biru 2022

 

BAU: Pesta Tasik Biru Bau akan diadakan pada 22 September hingga 2 Oktober ini, selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata pesta tersebut akan menjadi satu acara pelancongan rasmi bagi daerah Bau pada tahun mendatang.

“Pesta ini akan dianjurkan secara berterusan, sekiranya tiada halangan seperti pandemik atau lain-lain.

“Penganjuran ini juga dilihat banyak manfaat selaras dengan visi Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia – Malaysia, Destinasi Lestari Kaya Budaya serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak – Memajukan Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media Pesta Tasik Biru di Tasik Biru Food Village, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pesta yang diadakan selama 11 hari itu mensasarkan jumlah pengunjung seramai 60,000 orang.

Henry ketika sidang media Pesta Tasik Biru 2022

Suara Sarawak