Pesta Tasik Biru tarik 60,000 pengunjung

BAU: Pesta Tasik Biru berlangsung selama 10 hari dijangka menarik seramai 60,000 orang pengunjung.

Penganjuran kali ini bermula 22 September hingga 2 Oktober dengan pelbagai program menarik menanti orang ramai.

Pegawai Daerah Bau Anielia Siam berkata, penganjuran sebelum ini yang berlansung selama tiga hari adalah terlalu singkat untuk usahawan dan pengunjung yang hadir.

“Pada post-mortem yang lepas, kita dapati penganjuran untuk hujung minggu adalah terlalu singkat untuk menjual produk yang dihasilkan.

“Yang keduanya, banyak persatuan dan komuniti tidak dapat menikmati program sepenuhnya apabila diadakanhujung minggu sahaja, masanya terlalu suntuk untuk mereka hadir,” katanya di Pejabat Daerah Bau, baru-baru ini.

Anielia berkata, Pesta Tasik Biru juga memberi peluang kepada peniaga dan komuniti setempat untuk mengadakan aktiviti yang telah dirancang.

“Bayangkan seorang yang hadir satu hari, berbelanja RM10 ke RM20 sahaja, kalau 60,000 pengunjung kita dapat RM10,000 dalam satu hari kita dapat buat perkiraan.

“Disitulah adanya pendapatqn setiap perniaga yang hadir bersama dengan kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tempoh penganjuran yang panjang ini membolehkan pengunjung yang datang bercuti ke Daerah Bau dan menikmati program yang diadakan.

Di samping katanya, pengunjung juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta.

“Itu sasaran kita untuk meransangkan lagi ekonomi setempat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Projek Bau Bicentennial Bridge (BBB) Tasik Biru bernilai RM1 juta sebagai mercu tarikan Daerah Bau sudah siap.

 

Projek RTP DUN N2 Tasik Biru pembinaan jambatan pejalan kaki tersebut panjang 60 meter merentasi Tasik Biru dijangka dirasmikan oleh Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai& Laut) Sarawak pada Khamis ini.

Jambatan berkenaan bakal mengembalikan nostalgia Tasik Biru sebagai ikon pelancongan Daerah Bau, reka bentuk inspirasi dari jambatan di Waihi New Zealand.

Bau menganjurkan Pesta Tasik Biru bermula 22 September hingga 2 Oktober dengan pelbagai program menarik menanti orang ramai.

Suara Sarawak