KUALA LUMPUR: Kem olahraga menambah koleksi pingat buat Kontinjen Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) MSN Kuala Lumpur 2022.

Vanssa Neiga Franky berjaya menyumbang pingat gangsa dalam acara lempar cakera wanita, mencatat 35.38 meter balingan pada acara akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pagi tadi.

DAPAT GANGSA…Vanssa berdiri di skrin catatan balingan dilakukannya.

Pingat emas untuk acara terbabit dimenangi atlet dari Johor, Nur Atiqah Sufiah Md Hanizam yang berjaya melakukan balingan dengan jarak 44.99 meter.

Sementara itu, pingat perak milik atlet Pahang, Nani Sahirah Maryata dengan 39.97 meter balingan dilakukannya.

Suara Sarawak