KEKAL HEBAT…Mocke (kiri) dan Mckenzie (kanan) selepas majlis penyampaian hadiah. – FOTO ALIF NONI

 

KUANTAN: Saingan peringkat keempat Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022 di Pantai Cherating berjalan lancar hari ini meskipun hujan turun awal pagi.

Seperti biasa, kategori utama terus dikuasai pelumba pilihan.

Dawid Mocke dari Afrika Selatan kembali merampas gelaran juara kategori Open International Single (Men) Ocean Race dengan catatan masa terbaik (1:44:04.07s).

Mengatasi Kent Jenkinson dari New Zealand di tempat kedua (1:44:18.91s).

Manakala, Mackenzie Hynard dari Australia menduduki tempat ketiga dengan catatan masa terbaik (1:49:34.82s).

Kategori Open International Single (Women) Ocean Race pula turut menyaksikan kehebatan berterusan dipamer jaguh dunia, Danielle McKenzie dari New Zealand dengan catatan masa terbaik (1:49:26.14s).

Tempat kedua terus kekal milik pelumba negara, Aimi Ayuni Azwan dengan catatan masa terbaik (2:14:00.52s).

Tempat ketiga milik pelumba Thailand, Irin Neegree (2:15:10.37s).

Perlumbaan peringkat kelima dan terakhir esok akan berlangsung di Pantai Teluk Cempedak.

Suara Sarawak