BAU: Ribuan mula membanjiri Pesta Tasik Biru 2022 yang berlangsung selama 11 hari sehingga 2 Oktober ini.

Pesta berkonsepkan pelancongan Sarawak iaitu Culture, Adventure, Festival and Food menawarkan pelbagai program menarik termasuk Jong Regata, bergendang, gusti lengan, pertandingan menyumpit, pameran agensi kerajaan serta swasta dan sebagainya.

Pesta yang mensasarkan 60,000 pengunjung tersebut merupakan platform terbaik bagi komuniti perniagaan tempatan untuk mengetengahkan bakat dan produk masing-masing.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak merangkap Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, pesta berkenaan pertama kali dianjurkan dalam tempoh yang lama iaitu 11 hari berbanding 3 hari sebelum ini.

Katanya, ia memberi manfaat kepada penduduk setempat terutamanya usahawan tempatan dalam pelbagai bidang termasuk makanan, kraf tangan serta pertanian,” katanya.

Menurutnya, pesta berkenaan mampu meningkatkan sosioekonomi daerah ini menerusi sektor pelancongan dan perniagaan.

Manakala, Pegawai Daerah Bau Anielia Siam berkata, penganjuran sebelum ini yang berlangsung selama tiga hari adalah terlalu singkat untuk usahawan dan pengunjung yang hadir.

”Sebelum ini, kita mendapati penganjuran untuk hujung minggu adalah terlalu singkat untuk menjual produk yang dihasilkan.

Beliau berkata, tempoh penganjuran yang panjang ini membolehkan pengunjung yang datang bercuti ke Daerah Bau dan menikmati program yang diadakan.

Pesta Tasik Biru 2022

Pesta Tasik Biru 2022

Pesta Tasik Biru 2022

Suara Sarawak