Rosni Ratu Kebaya Senior

BAU: Rosni anak James Rain, 52, dinobatkan Ratu Kebaya Senior sempena penganjuran Pesta Tasik Biru 2022.

Tempat kedua dimenangi Catherine Nancy Gabriel, 66 dan tempat ketiga Phang Khui Fah, 52 tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, Rosni menerima wang unai RM400 dan tempat kedua RM300 dan ketiga RM250.

Kesemua pemenang menerima trofi dan sijil. Penyelaras Pertandingan Doris Lalak berkata, pertandingan dianjurkan bagi memastikan budaya iaitu pakaian tradisional kebaya terus kekal di mata setiap wanita khususnya Daerah Bau.

Selain itu katanya, ia memupuk semangat silaturahim yang utuh dengan barisan ahli yang berbilang kaum.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu menyasarkan golongan wanita senior (50 tahun ke atas) dan mendapat sambutan menggalakkan daripada setiap kaum.

“Pertandingan ini mengangkat dan memelihara semula warisan kebudayaan dalam ingatan dan memberi ruang kepada wanita senior untuk memberikan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan fesyen kebaya,” katanya.

Pesta Tasik Biru yang berlangsung selama 10 hari bermula 22 September hingga 2 Oktober dijangka menarik seramai 60,000 pengunjung

Suara Sarawak