SKUAD pelayaran Sarawak bersama-sama pegawai kontinjen. Mereka menyasarkan tiga pingat.

SKUAD pelayaran Sarawak menyasarkan tiga pingat, pada temasya Sukma XX yang telah pun bermula semalam (acara bola sepak).

Pihak pengurusan pelayaran mahu atletnya membawa pulang satu emas, satu perak dan satu emas. Mereka akan berangkat ke Langkawi Khamis ini.

Skuad pelayaran akan menyertai kem Kontinjen Sukma yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Sukan, Netty Elvis.

Kontinjen Sukma Sarawak berkampung di Kuching mulai semalam hingga esok.

Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada Ketua Kontinjen Sarawak turut diadakan.

Sementara itu, Sarawak menyasarkan sebanyak 44 pingat emas pada Sukma XX yang bermula 16 hingga 24 September ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara acara sukan berpotensi menyumbang pingat emas ialah berbasikal, BMX, rugbi, golf dan wushu.

“Sebanyak 44 pingat emas yang diberikan kepada kami berasaskan maklum balas dari jurulatih, pengurus pasukan setiap acara sukan.

“Mereka sudah membuat pengiraan, melihat prestasi dan optimis dapat kalahkan negeri lain dan menjadi juara,” katanya baru-baru ini.

Suara Sarawak