KUALA LUMPUR: Skuad kriket Sarawak berazam untuk cuba melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN Kuala Lumpur 2022.

Penolong Ketua Kontinjen (ACDM), Kennedy Chukpai Ugon memberitahu, skuad kriket kali ini lebih bersedia dan berupaya untuk memberikan cabaran kepada pesaing dari negeri lain.

“Walaupun diundi bersama pasukan pilihan seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

SENGIT…Aksi pemain Sarawak (kanan) pada perlawanan menentang Sabah sebentar tadi.

“Namun, atlet Sarawak tidak gentar malah tetap bersemangat bersama slogan keramat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’.

“Kita tetap yakin dengan keupayaan para pemain,” ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Sarawak menentang Sabah di Selangor Turf Club Kriket Oval.

Perlawanan tersebut menyaksikan Sarawak berjaya memoeroleh tiga mata selepas mencatat kemenangan (139-22).

Tegasnya, beliau percaya dengan persiapan rapi pasukan yang mampu menjadi penanda aras bagi menyaksikan misi tersebut terlaksana.

Suara Sarawak