KUCHING: Jodoh penyerang import kelahiran Togo, Francis Kouassi Kone, 32, bersama Sarawak United FC (SU FC) tidak sampai ke penghujung.

Ia berikutan keputusan pihak pengurusan pasukan terbabit menamatkan kontrak penyerang tinggi lampai itu seminggu lepas.

Demikian dinyatakan Presiden SU FC, Datuk Posa Majais kepada Arena Suara Sarawak sebentar tadi.

DITAMATKAN KONTRAK…Francis Kone.

“Kita membuat keputusan menamatkan kontrak beliau (Francis Kone) berikutan kegagalannya memberi surat tunjuk sebab selepas gagal menghadirkan diri untuk sesi latihan bersama pasukan,” jelas Posa.

Sambil mengakui tiga surat amaran telah dikeluarkan pihaknya kepada Francis Kone namun tiada maklum balas yang diterima.

Justeru kata Posa, pihaknya tiada kompromi jika berdepan masalah seperti itu.

Lantas mengakui, tindakan berbuat demikian adalah keputusan yang tepat sekali.

“Kita tidak berkompromi terhadap pemain yang menimbulkan masalah seperti ini kerana ia akan menjejas pasukan secara keseluruhannya,” ujar Posa lagi.

Suara Sarawak