TERUS BERLATIH…Helman Morni (tengah) memerhati aksi dua petinju ketika sesi latihan

 

KUCHING: Acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XX Kuala Lumpur 2022 akan berlangsung dari 17 hingga 24 September ini.

Sekali gus, bermula misi pemburuan pingat buat barisan kendalian Muhammad Helman Morni yang mempertaruhkan sembilan petinju terbaik bagi menghadapai temasya berprestij negara itu.

Diketuai jaguh dunia, Dealoniel Mcdelon Bong yang merupakan petinju harapan untuk menyumbang pingat emas buat kontinjen Sarawak dalam kategori 57kg.

Di samping lapan petinju lain, Jackson Chambai Ikeh (51kg), Mohd. Syawal Isham (54kg), Wilson Berayin Sumbang (60kg), Mohd. Rafieq Murshidi (63.5kg), Mohd. Helmi Chieng Firdaus Chieng (67kg), Darren Chng Yong Kui (71kg), Rais Arsyad Sulam (80kg) dan Hellary Hendry (86kg).

“Semua petinju sudah bersedia sepenuhnya untuk bertarung. Sekali gus bermula misi untuk mereka cuba beroleh pingat,” ujar Helman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, memang sandaran utama kepada Mcdelon untuk memperoleh pingat emas.

Bagaimanapun, beliau percaya barisan petinju lain juga mampu menyumbang pingat dalam kategori masing-masing.

Suara Sarawak