KEKAL FOKUS…Aksi sebahagian pemain ketika latihan.

KUCHING: Skuad Petanque Sarawak siap sedia untuk mengharungi saingan sebenar temasya Sukan Malaysia (Sukma) XX Kuala Lumpur 2022.

Penolong jurulatih, Artilla Sulaiman memberitahu, anak-anak buahnya kini mula fokus untuk melaksana tanggungjawab masing-masing bagi memastikan mampu meraih sebarang pingat.

“Saingan membabitkan acara petanque dari 17 hingga 23 September ini.

“Semua atlet kita sudah cukup bersedia, hanya menunggu detik untuk turun ke gelanggang,” ujar Artilla kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, skuad tersebut dibarisi seramai 14 orang atlet dengan masing-masing tujuh lelaki dan tujuh wanita.

“Sasaran utama kita adalah untuk dapat pingat dalam semua kategori, cuma warnanya sahaja yang akan ditentukan atlet,” tambah beliau.

Antara kategori yang akan disertai pasukan petanque Sarawak pada temasya kali ini ialah perseorangan lelaki dan wanita, berpasangan lelaki dan wanita, tiga berpasangan lelaki dan wanita, berpasangan campuran, berpasukan lelaki dan shooting lelaki/ wanita.

ENDS/….

Suara Sarawak