SUKMA: Acara renang sumbang dua pingat

KUALA LUMPUR: Acara renang berjaya menghadiahkan dua pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022.

Pingat emas disumbangkan oleh Puong Wei Hii menerusi acara 100 meter kuak dada, yang berjaya mencatat masa terpantas 1:03.95 saat.

Sementara itu, rakannya Xi Jay Job Tan pula merangkul pingat perak dengan catatan masa terpantas 1:04.05 saat.

Sementara perenang dari Kuala Lumpur Tze Yean Khiew pula berjaya mencatat 1.04.06 saat untuk memenangi pingat gangsa.

Puong yang ditemui berkata, sentiasa fokus sepanjang pertandingan antara rahsia kejayaannya dalam acara tersebut.

Menurutnya, beliau akan menyertai beberapa acara selepas ini dan berharap dapat menyumbang lagi pingat untuk kontinjen Sarawak.

 

Suara Sarawak