KUALA LUMPUR: Acara tenpin boling terus menghadiahkan pingat buat kem kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022.

Kategori berpasukan lelaki dan wanita akhir di Sunway Mega Lanes Subang lewat malam tadi menyaksikan Sarawak beroleh dua pingat.

Pingat emas diperoleh menerusi berpasukan wanita. Gandingan empat pemain, Gillian Lim Siew Giok, Asya Diana Azree, Lavina Kho Jia Jie, Nur Hazirah Ramli dan Nur Aina Kamalia Abdul Ayub berjaya memperoleh 5,882 jatuhan pin.

PINGAT EMAS…Barisan atlet tenpin boling berpasukan wanita Sarawak.

Pingat perak pula milik Perak yang berjaya memperoleh 5,540 jatuhan pin menerusi gandingan Alyaa Addini Zulamri, Tuan Nurin Ellina Tuan Zamzuri, Noratiqah Syauqina Hasmidi dan Nur Baitul Ayu Atisya Mohammad Ayob.

Manakala, pingat gangsa milik Selangor dengan 5508 jatuhan pin. Selangor turut diperkuatkan lima pemain handalan terdiri daripada Adelia Nur Irwan Syazalee, Nur Diyana Jalaluddin, Nir Dayini Iman Noor Azrin, Aneesa Deyas Asri dan Nur Nais Falilnesa Isman.

Suara Sarawak