KUALA LUMPUR: Hari istimewa bagi Grace Wong Xiu apabila berjaya meraih pingat emas pada acara baling tukul besi wanita.

Mencatat 59.01 meter balingan terbaik, mengatasi dua pencabarnya, Nurul Hidayah Lukman dari Selangor selaku pemenang pingat perak (51.12 meter), manakala pingat gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Sarawak, Ailenna Thipong Laga (44.91 meter).

Sementara itu, atlet petanque Nurul Durratul Iffah Yazit berjaya menyumbang pingat perak buat Sarawak dalam acara perseorangan wanita (Shooting Women), tewas di aksi final dengan kelebihan berpihak kepada atlet Negeri Sembilan kelebihan (Stay boule).

DAPAT EMAS…Grace Wong Xiu.

Suara Sarawak