USAHA…Pihak bomba melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa

PARAH…Keadaan mangsa-mangsa selepas kejadian. 

SIBU: Tiga lelaki maut di tempat kejadian susulan kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal di Batu 12, Jalan Julau Bintangor, kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Ketiga-tiga mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi mangsa wanita yang belum dikenali identiti dan mengalami cedera parah telah dihantar terus ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mathew Many Jonathan, 25, dan Nelson Chendang, 21.

Manakala dua lagi mangsa termasuk seorang lagi lelaki yang meninggal dunia masih tidak diketahui identiti.

“Mangsa-mangsa yang maut itu telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu, manakala wanita yang cedera parah mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi menyelamat di lokasi kejadian membabitkan seramai tujuh angoota BBP Bintangor, tujuh PDRM dan dua orang anggota KKM.

Suara Sarawak