BINTULU: Sebuah lori treler yang membawa muatan minyak masak terbakar dalam satu kejadian di Jalan Bintulu Tatau, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 12.41 tengah malam.

Bomba berusaha memadam kebakaran lori yang membawa muatan minyak masak di Jalan Bintulu Tatau, semalam.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori lima tan. Kejadian mengakibatkan kenderaan itu terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berjaya memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan aliran air jentera.

“Setelah memastikan kebakaran padam sepenuhnya dan keadaan selamat, anggota bertolak balik ke balai.

“Kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan,” katanya.

Suara Sarawak