KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membentangkan manifesto yang boleh dipenuhi untuk memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya ‘gula-gula’ untuk menarik rakyat semasa pilihan raya umum.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, kini rakyat sudah faham asas sesebuah parti dan mana antara mereka yang boleh dipercayai.

“Rakyat sudah tahu pihak mana yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka, terutamanya semasa pasca pandemik.

Len Talif ketika ditemui wartawan

“Tambahan pula, mereka juga tahu apa yang diharapkan (daripada pihak tertentu) apabila menghadapi masalah dan isu yang berkaitan dengan ekonomi dunia semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Hari Burung Migrasi Sedunia di Perpustakaan Negeri, di sini, hari ini.

Sementara, ditanya mengenai usia belia berusia 18 hingga 28 tahun pada pilihan raya akan datang ini, beliau berkata tiada masalah dengan mereka memandangkan parti itu telah terlibat dengan mereka sejak pilihan raya negeri ke-12.

“Ini kerana program kami adalah inklusif. Ia bukan sahaja melibatkan 1828 tetapi juga semua lapisan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Len Talif menyatakan bahawa GPS sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat 24/7.

Suara Sarawak