KUCHING: Seorang pesakit autisme dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Gunung Bajo sekitar jam 10.09 malam, Rabu lalu.

Mangsa dikenali sebagai Illias Illyasa Bujang berusia 21 tahun.

TAKLIMAT…Pasukan operasi SAR sebelum memulakan operasi mencari mangsa di kawasan hutan gunung Bajo

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan kali pertama sekitar jam 8 pagi semalam.

“Pasukan operasi memulakan SAR dengan membahagi pasukan pengesan kepada tiga kumpulan dengan radius pencarian adalah 1 km dari lokasi terakhir mangsa ditemui.

CARI…Operasi SAR Illyas, turut dibantu penduduk kampung

Bagaimanapun, operasi setakat ini tidak melaporkan sebarang kesan-kesan atau petunjuk mangsa sudah ditemui.

Sementara, operasi disertai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu.

“Operasi turut dibantu pihak polis dan seramai 30 orang penduduk kampung secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suara Sarawak