DARO: Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus melaksanakan projek pembangunan perumahan melalui dasar baharu demi rakyat.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi dasar baharu berkenaan katanya, jelas memudahkan dan memberi keselesaan buat rakyat Sarawak kerana kawasan perumahan yang dibina kesemuanya akan ditembok bagi menstabilkan tanah dan parit konkrit juga akan dibina.

“Kemasukan kemudahan utiliti air dan elektrik ini juga mesti dimasukkan dalam kawasan tanah perumahan ini,” katanya berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat di sini semalam.

Abang Johari bergambar sebelum majlis pecah tanah disempurnakan di Daro pada Ahad.

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak juga akan menanggung kos menembok tanah berkenaan yang bernilai RM150,000 dan di bawah dasar baharu kerajaan GPS, ia akan dilaksanakan di semua kawasan terlibat.

 

“Melalui RM150,000 bagi lot tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan GPS sekiranya mereka membeli rumah ini, ia sudah lengkap dengan infrastruktur dan harga ditawarkan ialah RM120,000 hingga RM150,000 selebihnya kerajaan GPS akan tanggung (menembok).

Ketika lawatan ke Daro, Abang Johari turut melawat tapak Projek Rumah Spektra Permata (RSP) di Kampung Badong, Daro sekali gus menyempurnakan upacara pecah tanah bagi simbolik perasmian.

 

Dalam kesempatan tersebut, Premier turut mengumumkan pembangunan satu menara telekomunikasi untuk projek fasa pertama RSP Kampung Badong berkenaan, bagi memudahkan akses jaringan bagi komuniti dan jalan yang serba lengkap akan disiapkan untuk kemudahan penduduk.

Suara Sarawak