LUNDU: Seorang pemuda autisme dilaporkan hilang di kawasan hutan Gunung Bajo sejak 5 Oktober lalu ditemui selamat hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu melaporkan menerima panggilan daripada keluarga mangsa memaklumkan mangsa telah dijumpai dan dalam keadaan selamat pada jam 8.14 pagi.

“Mangsa dijumpai oleh orang kampung bernama Mat Noh Tapa yang ketika itu dalam perjalanan ke kebun beliau pada jam 7.50 pagi.

Mat Noh Tapa (kiri) menemui mangsa pada jam 7.50 pagi ketika hendak ke kebunnya. Mangsa kini berada di rumah keluarganya.

“Anggaran jarak mangsa dijumpai adalah 631 meter dari rumah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini berada di rumah keluarganya.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan rawatan awal serta memeriksa keadaan dan status mangsa. Tiada sebarang kecederaan dialami,” jelasnya.

Suara Sarawak