11 penghuni tinggal sehelai sepinggang

MIRI: Seramai 11 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas tiga pintu rumah panjang Kelabit, Bakong, di sini, terbakar, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira- kira 8.59 pagi.

Menurutnya, sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng diketuai Penolong Bomba Kanan II Zainal Ali dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya bomba dilokasi, pasukan mendapati kebakaran berjaya dipadam dan dikawal oleh penduduk rumah panjang tersebut.

“Anggota bomba terus membuat kerja-kerja ‘size up’ dan ‘overhaul’ menggunakan dua aliran salur bantu nozel air daripada jentera dan sumber air pili bomba yang berdekatan,” ujarnya.

tambahnya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku, manakala punca serta nilai kerugian sedang dalam siasatan.

Suara Sarawak