DARO: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan membina 28 unit Rumah Spektra Permata (RSP) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Badong, Daro yang juga merupakan antara insiatif Kerajaan Sarawak dalam memastikan penduduk memiliki rumah impian masing-masing.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melawat tapak Projek RSP Badong, Daro berkenaan selepas menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat di pekan baharu Daro, di sini, hari ini.

Abang Johari bergambar sebelum majlis pecah tanah disempurnakan di Daro pada Ahad.

HDC dalam satu kenyataan berkata projek RSP Badong telah bermula sejak Julai 2022 dan dijadualkan siap pada Mei 2023.

“Untuk pembinaan 28 unit RSP pula, jumlah kos diperuntukkan di bawah peruntukan Projek Rakyat sebanyak RM36.5 juta.

Pelan projek Rumah Spektra Permata di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Badong, Daro.

“Ketika ini, kerja-kerja pembersihan dan penembokan tapak sedang dijalankan oleh pemaju Azas Excel (M) Sdn. Bhd, melibatkan kos kira-kira RM1.3 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12,” jelasnya

Ujarnya lagi keluasan minimum Rumah Spektra Permata ialah 750 kaki persegi dan setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan ruang tamu.

Pelan projek Rumah Spektra Permata di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Badong, Daro.

“Menerusi program RSP, rumah tersebut dianggarkan berharga RM90,000 hingga RM160,000, tidak termasuk premium tanah Jabatan Tanah dan Survei dan hanya yang berkelayakan akan mendapat keutamaan, antaranya berumur 18 tahun hingga ke 65 tahun, berkahwin, warganegara Malaysia bermaustatin di Sarawak.

“Bagaimanapun, terdapat kriteria-kriteria lain yang selari dengan syarat-syarat Skim Pembesaran Kampung turut diguna pakai,” katanya ringkas.

Suara Sarawak