Dato’ Prof. Dr Mohd Roslan pada sidang media Konvokesyen Ke 46 Sidang 1 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

BINTULU: Seramai 405 graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada pada Majlis Konvokesyen ke-46 Sidang 1 Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, pada esok.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, majlis konvokesyen ini merupakan julung kali diadakan di UPM Kampus Bintulu sejak dipindahkan ke kampus tersebut pada tahun 1987.

Menurutnya, Canselor UPM Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada graduan pada majlis itu.

“Tuanku Canselor juga berkenan mengurniakan pelbagai penganugerahan kepada pemenang peringkat universiti,” ujarnya pada sidang media, di sini, hari ini.

Tambahnya, majlis konvokesyen ini meraikan para graduan yang juga menjadi agenda penting dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu,menyokong hasrat melalui Matlamat Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

Sementara itu, pada sebelah malam ini Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dif-dif kenamaan lain bertempat di Hotel ParkCity Everly.

Suara Sarawak