KUCHING: Seramai 56 usahawan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mencatatkan rekod hasil jualan sebanyak RM437,000 melalui Program INSKEN Bimbingan Perniagaan Bumiputera (IBBC) Edisi Sarawak 2022.

Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat berkata, lebih separuh daripada peserta berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan antara 20 hingga melebihi 100 peratus.

RAKAM KENANGAN… Ripin bersama-sama para peserta ketika sesi

“Malah, kesemua peserta mendapat manfaat bukan sahaja dalam bentuk peningkatan jualan, malah bimbingan berbentuk emosi dan sokongan moral turut membantu peserta bertahan ketika menghadapi situasi sukar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sarawak 2022 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

PENYERAHAN… Ripin menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.

Pada masa sama, Ripin menggesa agar semua usahawan komited dan yakin dalam membangunkan perniagaan masing-masing secara kreatif, berdaya saing dan menambahkan ilmu dalam perniagaan.

Katanya, ia bagi memastikan kelangsungan perniagaan terutamanya dalam pasaran yang semakin mencabar dan kompetitif masa kini.

Suara Sarawak