KOTA SAMARAHAN: 85 beregu telah mengesahkan penyertaan untuk berentap dalam pertandingan Badminton Novis dan gabungan umur ‘Meraikan Komuniti’ Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya, Ir Aidil Lariwoo.

Salah satu kejohanan tumpuan para peminat sukan badminton di Sarawak itu akan berlangsung bermula 22 hingga 23 Oktober ini.

Presiden Persatuan Badminton Samarahan (PerBas) Bong Chung Chok

Presiden Persatuan Badminton Samarahan (PerBas), Bong Chung Chok berkata, kesemua beregu berdaftar merupakan pemain-pemain dari bahagian Kuching sehingga Sibu.

Kejohanan akan berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Sadong Jaya yang mempunyai gelanggang badminton bertaraf dunia.

Hadiah berjumlah RM4,500 secara keseluruhan bakal menanti para pemenang bagi kategori Novis dan gabungan umur.

PerBas dalam satu kenyataan mengesahkan, peraturan permainan akan mengikut peraturan terkini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peraturan am penganjur.

Tambah kenyataan itu, acara novis adalah terbuka kepada semua badminton di Sarawak yang tidak pernah mewakili negara dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Suara Sarawak