KUCHING: Acara Perarakan Cheongsam sempena penganjuran “Portrait of Cheongsam: Timeless Elegance and Legacy” berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, ia merupakan acara pertama dianjurkan di Sarawak penyertaan lebih 316 peserta dan terbanyak setakat ini.

BERUCAP… Hong Seng berucap pada acara Perarakan Cheongsam untuk MBOR di Taman Palmarium Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

“Melalui program ini, ia dapat membantu mempromosikan keanggunan dan warisan cheongsam dan merekodkan sejarah wanita Cina di Sarawak.

“Cheongsam juga menyerlahkan pakaian tradisional wanita Cina – menunjukkan keanggunan dan keluhuran. Jadi, saya  menggalakkan wanita Cina memakai cheongsam dengan lebih kerap supaya budaya tersebut dapat terus dipraktikkan,”  katanya.

SIJIL… Pooi Leng (tiga kiri) menyampaikan sijil MBOR kepada Hong Seng (empat kanan) dan turut kelihatan Chiew Eng (dua kanan) yang turut memegang sijil selepas acara Perarakan Cheongsam untuk MBOR di Taman Palmarium Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara Perarakan Cheongsam untuk MBOR di Taman Palmarium Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dekat sini, hari ini.

Sijil MBOR telah disampaikan oleh Pengurus Pejabatnya Lee Pooi Leng kepada Hong Seng dan Presiden Persekutuan Persatuan Wanita Cina Sarawak Lau Chiew Eng.

RAKAMAN KENANGAN… Hong Seng merakam gambar kenangan bersama-sama dengan peserta dan wakil yang lain semasa acara Perarakan Cheongsam untuk MBOR di Taman Palmarium Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

Sehubungan itu, Hong Seng menambah bahawa perhimpunan wanita dengan menggayakan cheongsam itu menunjukkan kepentingan dan istimewa untuk mempromosikan pakaian tradisional tersebut.

Suara Sarawak