KAWAL..Aksi Ir Aidel Lariwoo (kanan) pada perlawanan tersebut. – FOTO FAIZAL BUJANG

SADONG JAYA: Perlawanan bola sepak persahabatan membabitkan pasukan dari Dun Sadong Jaya dan Saribas berlangsung semalam.

Pasukan veteran dan junior Tedong Melancar mewakili Sadong Jaya, sambil Saribas diwakili oleh Saribas United yang turut menampilkan veteran dan junior..

Aksi kedua-dua pasukan berlangsung di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi Pelanduk, Sadong Jaya.

Menariknya perlawanan tersebut, kedua-dua Dun terbabit yang menampilkan pasukan junior dan veteran dan turut disertai wakil rakyat masing-masing iaitu Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pelabuhan Aidel Lariwoo dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam.

Perlawanan antara pasukan veteran menyaksikan keputusan seri (1-1), manakala keputusan (4-4) bagi pemain junior bagi kedua-dua Dun berkenaan.

Aidel dalam ucapannya menegaskan, perlawanan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim pemain kedua-dua pihak.

Sementara Razi menzahir ucapan terima kasih kepada pihak tuan rumah, katanya perlawanan persahabatan tersebut dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

SILATURAHIM…Ir Adel Lariwoo dan Mohammad Razi Sitam (berdiri ditengah) bergambar bersama para pemain. – FOTO FAIZAL BUJANG

Suara Sarawak