KUCHING: Seorang anak Sarawak, kelahiran Saratok amat memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos perubatannnya yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

Unding Jang @ Undom, dimasukkan ke HUKM sejak 5 Oktober lalu kerana mengalami masalah penglihatan iaitu tidak dapat melibat dengan jelas (kabur).

Masalah penglihatan Unding Jang

Sehingga tarikh 21 Oktober, jumlah bil rawatan Unding sudah mencecah sebanyak RM12,273.

Menurut isterinya, Serina Lubot yang berasal dari Sri Aman, masalah penglihatan suaminya sejak 6 Oktober lalu semakin terusk sehingga langsung tidak dapat melihat apa-apa sehingga ke hari ini.

Masalah penglihatan Unding Jang

“Pihak hospital telah menjalankan pelbagai rawatan seperti memasukkan ubat steroid, mengambil sampel darah, cecair dari tulang belakang dan menjalan proses cuci darah.

“Namun semua rawatan itu masih tidak menunjukkan sebarang keberkesanan,” katanya dalam perkongsian di Facebook Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS).

Keadaan semasa Unding di HUKM, KL

Difahamkan, Serina yang bekerja sebagai kerani terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjaga suaminya bersama-sama kakak iparnya pada setiap hari.

Serina dan suaminya sudah memiliki seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.

Bagi yang ingin datang melawat atau menghulurkan bantuan kepada Unding, dia sekarang berada di wad 6H, tingkat enam, HUKM atau menghubungi Serina di talian 018-3637875.

Orang ramai juga boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada Serina melalui akaun Maybank (1122 41148998).

Bantuan daripada anda semua akan digunakan untuk menampung kos rawatan Unding.

Suara Sarawak