JUARA…Juara-juara gabungan umur. (kiri) Nazit dan Halikul (90 tahun), Rozaimie dan Luqman (80 tahun), Yusriazmi dan Seri (70 tahun)

ASAJAYA: Pasukan ALBA berjaya menjuarai dua kategori pertandingan Badminton Novis dan Gabungan Umur ‘Meraikan Komuniti’ Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo yang telah melabuhkan tirai, semalam (23 Oktober).

Pasangan beregu pilihan, Muhaizam Mohamad dan Aizat Muhammad Udin menepati ramalan selaku wakil ALBA pertama meraih pingat emas selepas berjaya membenam beregu Ashley Chua Kai Quan dan Felix Fong Jia Liang di pentas final.

Diikuti pasangan beregu Ahmad Nazit dan Halikul Lenando turut menjadi wakil ALBA merangkul emas dalam kategori umur 90 tahun.

Beregu veteran itu berjaya mempamerkan aksi bertenaga sehingga menyebabkan seteru perlawanan akhir mereka, Jidel Job dan William Jagat Renah terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Presiden Persatuan Badminton Samarahan (PerBaS) Bong Chung Chok berkata, kejohanan telah menampilkan sebanyak 96 beregu dari Kuching hingga ke Sibu secara keseluruhan.

Menurutnya, sambutan pada kejohanan kali ini sangat baik dan disokong penuh khususnya daripada peminat-peminat badminton di kawasan Sadong Jaya, Simunjan, Asajaya dan juga Kota Samarahan.

“Justeru, harapan kita agar sesi kejohanan akan datang terus mendapat sambutan dari pemain seluruh Sarawak dan usaha ini dapat terus dilaksanakan bagi manfaat kepada pemain serta penduduk sekitar kawasan kejohanan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Kompleks Sukan Komuniti Sadong Jaya, semalam.

Majlis Majlis turut dihadiri Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo sekali gus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

AKHIR…Ir Aidel Lariwoo (enam kanan) bersama para pengurusan penganjur pertandingan dan pasangan beregu dalam final kategori novis

Suara Sarawak