KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) untuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 18 Oktober 2022.

Ia susulan kedudukan Ribut Tropika Kuat Nesat pada 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

Ramalan terkini turut menunjukkan ia dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati sepanjang tempoh tersebut.

Suara Sarawak