Home TEMPATAN Anak ular menyorok dalam enjin kereta

Anak ular menyorok dalam enjin kereta

Anak ular menyorok dalam enjin kereta

MIRI: Seorang pemilik kenderaan terkejut melihat seekor anak ular sawa batik sedang ‘berehat’ di dalam ruangan enjin keretanya yang diletak di hadapan pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jalan Krokop Miri, malam tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral menerima panggilan kecemasan pada jam 8.01 malam.

CUBA BERSEMBUNYI…Anggota BBP Miri Sentral menangkap seekor anak ular sawa batik yang sedang berehat di dalam ruangan enjin sebuah kereta.

“Sebaik menerima panggilan daripada pengadu, pasukan BBP Miri Sentral bergegas ke lokasi pada jarak lima kilometer dan diberitahu pengadu ada seekor anak ular sawa berada di bahagian enjin kereta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, anggota bomba seterusnya membuka ruangan enjin dan berjaya menemukan seekor anak ular sawa batik yang dilaporkan oleh pengadu.

“Ular itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dengan kaedah menjerut dan operasi tamat kira-kira jam 8.15 malam,” ujarnya.

Suara Sarawak