KUALA LUMPUR: Kelegaan buat semua pemain dari skuad badminton Para Sukma Sarawak yang berjaya melepasi ujian kualifikasi yang berakhir sebentar tadi.

Ketua jurulatih, Suhaili Laiman memberitahu, tiada sebarang masalah timbul sepanjang ujian membabitkan semua pemainnya itu.

“Semua pemain lulus ujian tersebut sebentar tadi dan ia memberi kelegaan kepada kami.

PERIKSA… Salah seorang atlet boling padang Para Sukma Sarawak ketika menjalani pemeriksaan doktor terlibat.

“Sekali gus, menyaksikan semua pemain akan beraksi dalam kategori masing-masing kelak,” jelas Suhaili kepada Arena Suara Sarawak.

Saingan membabitkan acara badminton akan bermula pada 2 November di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Dalam perkembangan sama, ujian serupa berjaya dilepasi kesemua atlet pasukan boling padang.

Perkara tersebut diakui ketua jurulatih, Nurul Asma Sani.

“Syukur semua atlet sukan tersebut berjaya melepasi ujian kualifikasi tersebut. Saya harap mereka akan dapat fokus dalam acara masing-masing selepas ini,” tegas Asma.

Suara Sarawak