Bawa momentum PRN12 ke PRU15

SPAOH: Lebih 80 peratus pengundi di Dun Bukit Saban diyakini memberi sokongan padu terhadap calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Betong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Keyakinan itu disuarakan Adunnya yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan berharap momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) lalu dikekalkan.

Katanya, sokongan tidak berbelah bahagi rakyat kepada GPS akan memacu pembangunan Betong agar dapat mencapai lebih banyak kemajuan.

Oleh itu, peranan jentera parti amat penting bagi melakukan persiapan termasuk menyediakan bilik gerakan dan jentera di peringkat akar umbi.

“Ini merupakan arahan ibu pejabat parti. Tugas penting anda (jentera parti) mengetahui semua pengundi baharu di kawasan masing-masing dan lokaliti mereka.

Beliau berkata demikian ketika bertemu pengerusi dan ahli jawatankuasa dari 17 Ranting PBB Bukit Saban di sini, hari ini.

Jelasnya, Betong mendapat limpahan projek pembangunan selepas PRN-12.

“Justeru, kita mesti mengekalkan momentum. Jika GPS berjaya mempertahankan Parlimen Betong, kerajaan menyediakan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya.

Suara Sarawak