MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong yang baru siap dibina kini beroperasi dengan misi untuk memberikan perkhidmatan segera ketika kecemasan kepada penduduk di bahagian ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib melahirkan keyakinan bahawa stesen itu mampu meningkatkan tindak balas kecemasan di Lutong dan bahagian utara Bandaraya Miri kepada 10 minit, daripada jumlah purata masa tindak balas.

Datuk M Noor Azman bersalaman dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lutong.

Saya dimaklumkan balai terdekat (ke Lutong dan Permyjaya) ialah BBP Lopeng yang terletak kira-kira 17 kilometer jauhnya.

“Dengan penubuhan ini (BBP Lutong) ia dapat membantu memendekkan masa tindak balas,” katanya kepada media ketika merasmikan majlis penyerahan Balai Bomba Lutong yang baharu di sini hari ini.

Datuk M Noor Azman menanam pokok simbolik penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Lutong.

Untuk rekod, pembinaan balai tersebut bermula pada 2 Januari lepas, menelan kos berjumlah RM8.2 juta. Bagaimanapun, ia disiapkan lebih awal daripada jadual.

Ia juga dilengkapi dengan aset jentera Fire Rescue Tender (FRT) jenis Scania, pacuan empat roda dan bot penyelamat.

Datuk M Noor Azman bersalaman dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lutong.

Siapnya BBP Lutong ini menjadikan jumlah keseluruhan balai bomba di Sarawak meningkat kepada 38 buah, manakala balai kelima bagi Zon Miri.

Dalam pada itu, seramai 25 anggota bomba pelbagai pangkat akan ditempatkan di balai bomba Lutong.

Suara Sarawak