KUCHING: Sebuah bengkel kereta di kediaman dua tingkat jenis kekal di Jalan Rock, di sini, dilaporkan terbakar kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan, kebakaran yang bermula di bahagian atas telah menyebabkan kediaman berkeluasa 30×20 kaki persegi itu terbakar 70 peratus.

HANGUS….Bahagian atas rumah yang diubah suai menjadi bengkel, terbakar 70 peratus

Dedahnya, terdapat 10 buah kenderaan di dalam rumah yang telah diubah suai menjadi bengkel itu, namun berjaya diselamatkan dan tidak terjejas.

“Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

ROBOH…Siling rumah turut roboh akibat kebakaran.

“Pasukan operasi bomba berjaya memadam kebakaran awal daripada merebak dengan menggunakan dua aliran hos empat nozel pam jentera dan sumber air dari pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, operasi itu melibatkan anggota dari balai bomba dan penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan.

Operasi diketuai oleh Ketua Balai TPGB II Mohd Raffy Saibi dengan kekuatan seramai 18 anggota secara keseluruhan.

Suara Sarawak