KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal ke Singapura pada minggu depan untuk memberikan ceramah mengenai tenaga hijau.

Menurutnya, beliau akan ke negara tersebut bagi memenuhi jemputan untuk berucap pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) ke-15 bertempat di Marina Bay Sands, Singapura dari 25 hingga 28 Oktober.

“Insya-Allah, minggu depan saya akan berada di Singapura sebagai tetamu kerajaan Singapura untuk bercakap mengenai tenaga hijau di SIEW dengan penyertaan global. Jadi, boleh tahanlah untuk Sarawak,” katanya.

Abang Johari berucap pada Majlis Anugerah Konvensyen Inovasi sempena Penutupan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2022 di Kuching, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Konvensyen Inovasi sempena Penutupan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2022 di sini, malam tadi.

Menurutnya, ia membuktikan bahawa dasar tenaga hijau negeri ini semakin mendapat perhatian dunia selepas ucaptama berkenaan hidrogen di Rotterdam, Belanda pada Mei 2022, seterusnya ke Korea Selatan pada September dan hadir sebagai panel forum perubahan iklim di Tokyo Jepun pada minggu lalu.

Suara Sarawak